Sunday, September 30, 2018

Keluar dari zon selesa


KELUAR DARI COMFORT ZON JIKA INGIN BERJAYA.

Selalu saya dengar penyataan ini setiap kali sertai seminar. Ayat ini saya sangat takut. Terfikir boleh ke aku buat benda yang aku tak pernah buat dan tak suka! Benda ni sangat susah!

Benda yang tak suka kena hadapinya. Sebenarnya, saya tak suka yang berkaitan kewangan, saya fikir benda tu sangat leceh, menyusahkan. Lebih baik teruskan dengan perkara yang biasa, jadi homequran ustazah macam biasa. Saya berperang dengan emosi sendiri, sampai bila mahu jadi yang biasa2? Sampai bila nak duduk dalan zon selesa? Keluar, pergi cari yang mencabar! Tambah ilmu, tambah nilai pada diri sendiri.

Saya minat duit, saya minat nak kembangkan potensi diri sebab tu saya suka baca berkaitan motivasi diri. Saya mula nak cabarkan diri sertai bidang yang saya tak suka. Bidang berkaitan nombor dan angka. Saya cemburu pada orang yang Berjaya buat sesuatu pekerjaan, macam mana dorang boleh bejaya ye? Kuatnya semangat dorang. Ye, orang Berjaya kena hadapi kegagalan, sebab tu kita tengok ramai orang Berjaya dulu pernah jatuh tergolek, tersungkur.

Saya cuba mencari apa yang buat mereka Berjaya. Kebanyakkan berkata ‘keluar dari comfort zon jika ingin lebih Berjaya dalam hidup’. Leader saya Puan Norliza selalu pesan, push your limit, jangan limitkan potensi diri’. You set income yang you all mahukan. Tapi mesti ada action. Ada lakukan sesuatu untuk capai income yang lumayan. Jangan letak halangan dalam diri. Keluar!

No comments:

Post a Comment