Sunday, September 30, 2018

Keluar dari zon selesa


KELUAR DARI COMFORT ZON JIKA INGIN BERJAYA.

Selalu saya dengar penyataan ini setiap kali sertai seminar. Ayat ini saya sangat takut. Terfikir boleh ke aku buat benda yang aku tak pernah buat dan tak suka! Benda ni sangat susah!

Benda yang tak suka kena hadapinya. Sebenarnya, saya tak suka yang berkaitan kewangan, saya fikir benda tu sangat leceh, menyusahkan. Lebih baik teruskan dengan perkara yang biasa, jadi homequran ustazah macam biasa. Saya berperang dengan emosi sendiri, sampai bila mahu jadi yang biasa2? Sampai bila nak duduk dalan zon selesa? Keluar, pergi cari yang mencabar! Tambah ilmu, tambah nilai pada diri sendiri.

Saya minat duit, saya minat nak kembangkan potensi diri sebab tu saya suka baca berkaitan motivasi diri. Saya mula nak cabarkan diri sertai bidang yang saya tak suka. Bidang berkaitan nombor dan angka. Saya cemburu pada orang yang Berjaya buat sesuatu pekerjaan, macam mana dorang boleh bejaya ye? Kuatnya semangat dorang. Ye, orang Berjaya kena hadapi kegagalan, sebab tu kita tengok ramai orang Berjaya dulu pernah jatuh tergolek, tersungkur.

Saya cuba mencari apa yang buat mereka Berjaya. Kebanyakkan berkata ‘keluar dari comfort zon jika ingin lebih Berjaya dalam hidup’. Leader saya Puan Norliza selalu pesan, push your limit, jangan limitkan potensi diri’. You set income yang you all mahukan. Tapi mesti ada action. Ada lakukan sesuatu untuk capai income yang lumayan. Jangan letak halangan dalam diri. Keluar!

Wednesday, January 29, 2014

meraih cintaNYA

Bismillah,

Kenapa sukar untuk mendapat cinta Allah?

"sesuatu tidak akan terisi dengan benda baru selagi benda lama tidak dibuang"

benda baru yang dimaksudkan diatas ialah cinta Allah, 
benda lama pula kotoran mazmumah.

Mana mungkin hati kita akan terisi dengan cinta Allah, selagi kotoran mazmumah tidak keluar dari hati. 

Hati yang hanya menerima keseronokan dunia sukar untuk meraih cinta Allah, 
kerana keseronokan dunia yang dibina bukan bertujuan ibadah kepada Allah.
oleh sebab itulah, hati sukar untuk mencintai Allah.

Kita akan mencintai Allah kalau tahu dan faham kenapa kita diciptakan di muka bumi,

Kalam Allah : 
“Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.” 
(adzariyat : 56)

sudah jelas tujuan Allah ciptakan kita dimuka bumi ini, supaya kita beribadah, tunduk patuh kepadaNYA, tiada tuhan selain Allah ta'ala. sungguh! ibadah kita hanya untuk Allah. 

Meraih cinta Allah.

Buang karat-karat jahiliyah dan kotoran mazmumah dalam hati dan diri kita, 
insyaAllah, mudah untuk kita mengenali dan mencintai Allah secara mendalam.

Bersendirian dengan Allah, mengadu segala masalah kepadaNYA, serah hati, cinta kita untuk Allah. luahkan rasa kepada Allah. kerana apa perlu begitu? kerana dia adalah PEMILIK, PENCIPTA kita. Dialah PENGATUR hidup kita. 

"Allah menciptakan segala sesuatu dan Dia memelihara segala sesuatu.” (QS. Az Zumar : 62)

sebagai hamba Allah, peganglah dengan janjiNYA...
percaya dan yakin dengan pertolonganNYA
InsyaAllah, kita akan lebih mencintainNYA

DIA pun lebih-lebih lagi mencintai kita.